Toyota menganjurkan kempen tawaran Merdeka

By  |  0 Comments

Showroom Sales Campaign

Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-57, UMW Toyota Motor (UMWT) turut tidak ketinggalan di dalam menawarkan kempen promosi bagi model-model terpilih khas untuk pelanggan yang membuat tempahan sepanjang Ogos ini.

Antara tawaran menarik yang disediakan ialah para pelanggan berpeluang menerima rebat tunai sehingga RM2,000 bagi model Vios (E, G & TRD), Camry, Altis dan juga Hilux Double Cap. Untuk pelanggan yang membeli Vios J, bakal menerima rebat tunai sebanyak RM1,000.

Toyota Vios 2013

Manakala bagi mereka yang memilih kenderaan yang lebih luas dan selesa seperti Innova dan Avanza, turut akan ditawarkan rebat wang pendahuluan yang menarik. Begitu juga dengan setiap tempahan dan pembelian bagi Alphard dan Previa, turut akan menerima tawaran menarik daripada UMWT.

Malah sempena dengan sambutan Hari Raya dan juga Kemerdekaan, UMWT turut menganjurkan aktiviti menarik di bilik pameran iaitu Rumah Terbuka Raya pada 16 dan 17 Ogos, serta Minggu Merdeka pula berlangsung pada 23 dna 24 Ogos.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi toyota di www.toyota.com.my atas terus berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota berhampiran.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *