Toyota Prius Persona 2015 untuk pasaran USA

By  |  0 Comments

Prius1

Beberapa hari yang lalu Toyota telah memperkenalkan model Prius Persona 2015 bagi pasaran Amerika Syarikat (USA). Dibangun berdasarkan platform Prius Three, model edisi istimewa ini bakal tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Absolutely Red dan Blizzard Pearl.

Prius Persona 2015 ini turut ditampilkan dengan cermin berhaba panas, indikator lampu isyarat pada cermin sisi dan juga rim aloi bersaiz 17 inci dengan kekemasan metalik gelap.

Prius4

Manakala bagi bahagian kabinnya, ia turut dilengkapi tempat duduk balutan upholstery SofTex berwarna hitam dengan jahitan kontra berwarna kelabu serta hiasan krom gelap. Lain-lain elemen yang turut ditampilkan termasuklah roda stereng balutan SofTex dan lampu kaki berwarna biru.

Model ini bakal berada di bilik pameran pada bulan September ini dengan harga bermula $26,985.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *