Lakaran Hyundai i20 didedahkan

By  |  0 Comments

Hyundai i20-b

Hyundai telah mendedahkan dua lakaran bagi model Hyundai i20 generasi kedua baru-baru ini. Diilhamkan dengan konsep rekaan Fluidic Sculpture 2.0, model hatchback ini kelihatan lebih sporty berbanding generasi terdahulu.

Direka bentuk di firma Design Center Europe di Rüsselsheim, Jerman, i20 ini menggunakan enjin yang sama seperti mana model sedia ada. Walau bagaimana pun, ia juga bakal tampil dengan varian N iaitu model prestasi daripada sub-lineup model N-badged.

Hyundai i20_a

Model standard bagi Hyundai i20 dikatakan bakal ditampilkan di Paris Motor Show pada Oktober akan datang tetapi akan didedahkan menerusi dalam talian terlebih dahulu pada 11 Ogos ini untuk tatapan peringkat global.

Jadi, sama-sama nantikan kemunculan Hyundai i20 menerusi dalam talian pada minggu hadapan!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *