Honda HR-V bakal dipasarkan di Indonesia

By  |  0 Comments

honda-vezel-japan-0029

PT Honda Prospect Motor, pengedar rasmi kenderaan Honda di Indonesia telah mengesahkan model SUV Honda HR-V atau Vezel bakal berada di negara tersebut tidak lama lagi. Sebelum itu, model HR-V ini bakal diperkenalkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) yang akan berlangsung bermula 18 September ini. Malah tempahan juga bakal dibuka pada pameran automotif terbesar di Indonesia tersebut.

Honda HR-V bakal diproduksi untuk pasaran sana bermula awal tahun hadapan. Ia bakal dikuasakan dengan enjin 1.5 liter dan 1.8 liter i-VTEC.

Untuk keselamatan, model ini juga akan dilengkapi dengan brek parkir elektrik, Auto Brake Hold, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan dua beg udara.

Menurut Presiden PT Honda Prospect Motor, Tomoki Uchida, sejak dipasarkan di Jepun pada Disember 2013, model ini menerima sambutan yang begitu memberangsangkan. Malah berjaya mencatatkan jualan tertinggi bagi SUV di negara matahari terbit itu yang dicatatkan pada enam bulan pertama tahun ini.

Ekoran daripada itu, PT Honda Prospect Motor membuat keputusan untuk memasarkannya di Indonesia, selain memberikan variasi pada SUV untuk rakyat negara tersebut.

Honda HR-V atau Vezel ini telah ditampilkan buat pertama kalinya di Tokyo Motor Show pada November yang lalu sebelum mula dipasarkan di Jepun sebulan kemudian. Ia menawarkan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan transmisi CVT. Malah juga didatangkan dengan varian Sport Hybrid i-DCD yang dipadankan bersama enjin 1.5 liter Atkinson i-VTEC serta motor elektrik bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Untuk pasaran Malaysia, ada juga desas-desus yang mengatakan Honda Malaysia bakal membawa masuk model ini sebelum tirai 2014 berlabuh. Memberikan satu lagi variasi SUV yang sedia ada termasuklah model pesaingnya seperti Peugeot 2008 dan Ford EcoSport.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *