Great Wall M4 mampu milik!

By  |  2 Comments

GWM4_Ext_01

Belum pun dilancarkan secara rasmi, harganya telah pun didedahkan dan ternyata ia memang mampu milik!

Great Wall M4, SUV kompak ini dikatakan sedang menghitung hari untuk dilancarkan secara rasminya. Semasa majlis memperkenalkannya di Cyberjaya baru-baru ini, Go Automobile Manufacturing (GO Auto) selaku syarikat yang mendapat mandat eksklusif bagi pemasaran produk Great Wall Motors (GMW) di Malaysia, berkata harga yang bakal ditawarkan bagi jentera ini ialah antara RM45,000 hingga RM59,000.

Walau belum dirasmikan, namun senarai harganya telah pun didedahkan seperti berikut :

M4 Price

Dengan harga yang ditawarkan, ternyata M4 memang mampu milik.

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, M4 menampilkan enam varian iaitu Standard MT/AT, Comfort MT/AT dan Premium MT/AT.

GWM4_Ext_17

Bagi varian spesifikasi tertinggi iaitu Premium, antara elemen eksklusif yang ditampilkan ialah tempat duduk balutan kulit, skrin multimedia LCD bersaiz 7 inci yang dilengkapi dengan navigasi dan paparan kamera undur, enam pembesar suara, roda stereng balutan kulit dengan butang kawalan audio, rim bersaiz 16 inci, penghawa dingin automatik dan sistem kemasukan kunci pintar.

Manakala yang membezakan varian Standard dan Comfort ialah saiz tayar iaitu 15 inci untuk Standard dan 16 inci bagi Comfort. Begitu juga dengan tempat duduknya iaitu varian Comfort mendapat material dua ton fabrik, manakala Standard hanya fabrik biasa. Varian Comfort juga dilengkapi dengan sistem kemasukan kunci pintar dan juga skrin multimedia dengan fungsi navigasi. Kedua-duanya juga dilengkapi dengan penghawa dingin manual.

GWM4_Int_21

Bagi aspek keselamatan, M4 turut dilengkapi dengan ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), dua beg udara SRS, dan Isofix. Tambahan bagi model transmisi auto, ia juga dilengkapi dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP).

Dijanakan oleh enjin 1.5 liter 4-silinder sebaris DOHC Electronic Throttle VVT MPI Gasoline, M4 ini mampu memberikan kuasa sehingga 78 kW pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm.

Ia juga diyakini mampu memberikan penjimatan bahan api iaitu enam liter bagi setiap 100 km dengan penggunaan emisi standard Euro IV.

Perkhabaran yang baru Info Kereta terima, GMW M4 ini bakal dilancarkan pada 20 September akan datang selepas beberapa kali tarikhnya ditunda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *