Great Wall M4 tiba jua… – Harga RM45k-RM59k

By  |  9 Comments

GWM4_Ext_01

Setelah tertunda hampir beberapa kali, akhirnya SUV kompak ini bersedia menerjah pasaran tempatan. Hari ini SUV kompak Great Wall M4 telah dipertontonkan kepada pihak media di Cyberjaya. Ia dijangka dilancarkan secara rasminya pada Ogos ini.

Hadir dengan beberapa elemen yang boleh dianggap menarik, M4 ini juga ditawarkan dengan harga yang cukup kompetitif iaitu di antara RM45,000 hingga RM59,000. Dengan tawaran harga yang cukup menarik bagi sebuah SUV, Go Automobile Manufacturing (GO Auto) selaku syarikat yang mendapat mandat eksklusif bagi pemasaran produk Great Wall Motors (GMW) di Malaysia, cukup berkeyakinan bahawa jentera ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan rakyat tempatan.

GWM4_Ext_03

Menurut Ahmad Azam Sulaiman selaku CEO GO Auto, M4 menampilkan enam varian iaitu Standard MT/AT, Comfort MT/AT dan Premium MT/AT.

Namun difahamkan, M4 bagi transmisi manual 5-kelajuan boleh dianggap sebagai edisi terhad di mana hanya 200 unit sahaja dibawa masuk dari China ke pasaran Malaysia. Manakala model transmisi auto 6-kelajuan adalah unit CKD yang dipasang di kilang GMW yang terletak di Gurun, Kedah. Jika stok bagi model manual habis, maka M4 di Malaysia hanya model auto sepenuhnya.

Bagi varian spesifikasi tertinggi, Premium, antara elemen eksklusif yang diterapkan ialah tempat duduk balutan kulit, skrin multimedia LCD bersaiz 7 inci yang dilengkapi dengan navigasi dan paparan kamera undur, enam pembesar suara, roda stereng balutan kulit dengan butang kawalan audio, rim bersaiz 16 inci, penghawa dingin automatik dan sistem kemasukan kunci pintar.

Manakala yang membezakan varian Standard dan Comfort ialah saiz tayar iaitu 15 inci untuk Standard dan 16 inci bagi Comfort. Begitu juga dengan tempat duduknya iaitu varian Comfort mendapat material dua ton fabrik, manakala Standard hanya fabrik biasa. Varian Comfort juga dilengkapi dengan sistem kemasukan kunci pintar dan juga skrin multimedia dengan fungsi navigasi. Kedua-duanya juga dilengkapi dengan penghawa dingin manual.

GWM4_Int_01

Elemen standard bagi ketiga-tiga varian ialah roda stereng dengan kawalan audio dan tempat duduk pemandu boleh laras secara manual dengan empat cara.

Bagi aspek keselamatan, M4 turut dilengkapi dengan ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), dua beg udara SRS, dan Isofix. Tambahan bagi model transmisi auto, ia juga dilengkapi dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP).

M4 memiliki ukuran 3,961 mm bagi kepanjangannya, selebar 1,728 mm, ketinggian 1,617 mm dan jarak lebar pula 2,383mm.

GWM4_Ext_17

SUV kompak ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter 4-silinder sebaris DOHC Electronic Throttle VVT MPI Gasoline yang mampu memberikan kuasa sehingga 78 kW pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm.

Ia juga diyakini mampu memberikan penjimatan bahan api iaitu enam liter bagi setiap 100 km dengan penggunaan emisi standard Euro IV.

Bagi memberikan pengendalian yang lebih mantap, M4 ini turut dipadankan dengan sistem suspensi topang MacPherson Independent untuk bahagian hadapan dan Trail Arm Torsion Bar Composite bagi bahagian belakang.

Manakala untuk sistem brek pula, ia dikuasai oleh cakera Ventilated yang mengawal keempat-empat tayar.

GWM4_Ext_30

M4 tampil dengan enam pilihan warna iaitu Pearl Black, Sky Silver, Titanium White, Ocean Blue, Jazz Red dan Fashionable Orange. Ia sudah pun berada di 20 bilik pameran GWM di seluruh Malaysia. Pembelian M4 turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000km (mana yang tiba terlebih dahulu). Manakala jangka masa menunggu bagi tempahan yang dilakukan sekarang ialah selewat-lewatnya dua bulan.

Malah GO Auto mensasarkan jualan sebanyak 1,200 unit untuk tahun ini dan 1,000 unit sebulan sasaran bagi tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *