ETCM anjur Program Pemanduan Selamat Nissan

By  |  0 Comments

TeanaDrive48

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan pemanduan yang bijak dan selamat di bawah Kempen Keselamatan Nissan 2014, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akan menganjurkan satu Program Pemanduan Selamat untuk pemilik kenderaan Nissan di Malaysia.

Program Keselamatan Nissan bertujuan mendidik para pemilik kenderaan bagaimana untuk berdepan dengan pelbagai kondisi pemanduan, menggabungkan teknologi dan kemahiran memandu dalam usaha mengelak bahaya di jalan raya. Bengkel ini berperanan memberi keyakinan dan melengkapkan peserta dengan teknik-teknik pemanduan yang betul apabila berdepan kemalangan jalan raya.

Ia bakal diadakan pada 6 September ini bertempat di Mardi, Serdang dan yuran penyertaan hanya RM100 untuk setiap peserta. Pendaftaran bermulai sekarang dan akan tamat pada 29 Ogos 2014.

Dijalankan selama enam jam, Program Keselamatan Nissan merangkumi satu sesi teori dan lima bahagian amali. Para peserta akan diajar bagaimana untuk mengelak kemalangan, mengawal kereta yang tergelincir, brek kecemasan dan teknik melalui slalom dalam sesi kursus halangan. Para peserta juga akan dinilai menerusi satu siri ujian untuk mengukur tahap kemahiran pemanduan mereka.

Mengulas mengenai pemanduan selamat, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Kempen ini bukan sekadar satu cara ETCM menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Malah, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk bekerjasama dalam meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dan memastikan para pelanggan kami tahu mengenai pelbagai kondisi pemanduan bagi menangani bahaya yang mungkin berlaku di atas jalan raya.”

Sejak dilancarkan pada April 2014, Kempen Keselamatan Nissan telah mencatat jumlah kehadiran mencecah 1,000 orang peserta. Maklum balas yang diterima juga cukup menggalakkan. Bengkel-bengkel Ikhtiar Hidup Di Jalan telah dijalankan di bawah kempen ini di seluruh negara seperti di Johor Bahru, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Nissan Safety Driving Experience Invitation

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *