Ford cipta hatrik – Sekali lagi 1.0 liter EcoBoost diangkat sebagai Enjin Terbaik Dunia

By  |  0 Comments

Award Winning_1.0L EcoBoost Engine

Kecil tidak semestinya kurang berkuasa. Itulah yang telah dibuktikan oleh Ford setelah dinobatkan sebagai enjin kenderaan terbaik dunia buat kali ketiga berturut-turut. Malah kejayaan ini turut ‘menumbangkan’ pesaing lain termasuklah daripada jenama premium dan supercar.

Enjin Ford 1.0 liter EcoBoost yang diyakini mampu memberikan penjimatan bahan api paling efisien tanpa berkompromi dengan prestasi kuasanya. Terbaru, ia telah dinobatkan sebagai Enjin Antarabangsa Tahunan 2014 di atas ciri-ciri pemanduan, prestasi, ekonomi, penghalusan dan teknologi yang ditampilkan.

Seramai 82 orang wartawan automotif dari 35 buah negara yang bertanggungjawab sebagai ahli panel pemilihan sepakat memilih enjin 1.0 liter EcoBoost sebagai “Enjin Terbaik Di Bawah 1.0 Liter” buat kali ketiga berturut-turut di Ekso engin 2014 yang berlangsung di Stuttgart baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden Ford Powertrain Engineering, “EcoBoost umpama kesinambungan penanda aras untuk sebuah enjin berkapasiti kecil yang memiliki gabungan terbaik untuk prestasi berkuasa dan penjimatan bahan api.”

Ford Fiesta EcoBoost_02

Buat setakat ini, enjin 1.0 liter EcoBoost ini telah pun memenangi 13 anugerah utama. Antara model Ford yang menampilkan enjin ini ialah Fiesta 1.0 liter EcoBoost yang sudah pun berada di pasaran global. Malah tidak lama lagi Ford bakal memasarkan model baharu Focus 1.0 liter EcoBoost pula.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *