Ford Edge 2015 didedahkan secara rasmi

By  |  0 Comments

15FordEdge-Titanium-Sport_HR-e1403697777879-850x332

Terus memacu langkah untuk memasarkan kenderaan bersaiz sederhana ke seantero global, Ford bakal memperkenalkan Ford Edge yang disasarkan berada di pasaran awal tahun hadapan.

Generasi kedua Edge ini menggunakan platform yang sama dengan model Fusion/Mondeo baharu dan sedikit berbeza dengan model konsep yang dipertontonkan di Los Angeles Auto Show tahun lalu. Dengan rekaan yang lebih mantap berbanding model sedia ada, Edge baharu ini mengadaptasikan rekaan yang lebih bergaya terutamanya tampil dengan bentuk tingkap yang berlainan dan lampu belakang yang lebih unik.

15FordEdge-Titanium_04_HR-e1403665397105-850x489

Untuk pasaran Amerika Utara, Ford Edge 2015 akan dijanakan oleh enjin 2.0 liter EcoBoost empat silinder yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 245 hp dan tork 357 Nm. Ia juga bakal tampil dengan varian yang menggunakan enjin 2.7 liter EcoBoost V6 yang lebih berkuasa serta mampu memuntahkan kuasa sehingga 300 hp dan juga enjin 3.5 liter V6 yang belum dipastikan hamburan kuasa maksimumnya.

15FordEdge-Sport_04_HR-e1403665501909-850x388

Kesemua enjin ini turut dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang dilengkapi dengan mod manual SelectShift.

Model pacuan tayar hadapan ini turut dilengkapi dengan suspensi MacPherson baharu untuk bahagian hadapan yang bekerjasama dengan intergral-link dan Independent untuk belakang. Ford berkata kemantapan jentera ini telah dipertingkatkan sebanyak 26 peratus.

Lain-lain elemen yang ditampilkan termasuklah stereng elektrik adaptif, bantuan parkir aktif, kawalan kelajuan adaptif dengan kamera 180 darjah, pengesan parkir hadapan dan belakang, tempat duduk yang memiliki suhu pemanasan dan penyejukan.

Bagi aspek keselamatan pula, Edge dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif seperti paparan titik buta dengan kepekaan trafik, curve control, tali pinggang keledar untuk tempat duduk belakang yang boleh dikembungkan dan juga beg udara lutut seperti mana model Mustang 2015.

Untuk bahagian kabin, Edge dilengkapi dengan meter kluster instrumen yang boleh memaparkan paparan berkembar dengan rekaan bahagian tengah yang telah dipertingkatkan. Malah ia juga hadir dengan paparan LCD bersaiz lapan inci yang mampu menyokong sambungan SYNC dan MyFord Touch bersama elemen pilihan iaitu Panoramic Vista Roof berukuran 47.7 inci yang terbesar dalam industri.

15FordEdge-Titanium_08_HR-850x535

Edge juga memiliki ruangan dalaman yang lebih besar dan luas dengan ruang kaki di tempat duduk kedua bersaiz 1.9 inci dan 1 inci untuk tempat duduk barisan ketiga.

Bakal diproduksi di kilang milik Ford iaitu Oakville Assembly Complex, yang terletak di Toronto, Edge 2015 bakal hadir dengan empat varian iaitu SE, SEL, Sport dan Titanium. Malah Ford juga mensasarkan bakal menembusi 100 pasaran untuk model ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *