Ford ST 2015 bakal diperkenalkan di Goodwood Festival of Speed

By  |  0 Comments

FORD_ST_1

Antara model yang dinanti-nantikan sudah pastilah jentera hot-hatch Ford Focus ST 2015 ini. Ia bakal melakukan penampilan pertama di Goodwood Festival of Speed tidak lama lagi.

Tampil dengan kelainan pada bahagian bampar hadapan, hud baharu dan lampu utama yang lebih nipis, Focus ST 2015 ini juga dilengkapi dengan lampu kabus yang direka semula dan rim aloi baharu bersaiz 18 inci.

FORD_ST_2

Bahagian kabinnya juga diberi penampilan baharu termasuklah dengan roda stereng yang lebih rata, bahagian tengah yang direka semula dan penambah baikan pada kawalan suhu. Malah ia juga tampil dengan konsol tengah baharu.

FORD_ST_12

Jentera ini bakal didatangkan dengan dua enjin iaitu 2.0 liter EcoBoost empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 250 PS dan tork 360 Nm. Model hatchback ini mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100km dalam hanya 6.5 saat serta berkeupayaan mencecah kelajuan maksimum sehingga 247km/j.

Untuk model pasaran US, ia mampu mencecah kuasa maksimum sehingga 252 hp dan tork 364 Nm.

FORD_ST_3

Bagi varian pasaran Eropah pula, ia didatangkan dengan enjin diesel 2.0 liter TDCi yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 185 PS dan tork 400 Nm. Malah jentera ini mampu mencatat kelajuan daripada titik sifar sehingga 100km dalam hanya masa 8.1 saat. Manakala kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 217 km/j.

Focus ST 2015 ini turut dipadankan dengan suspensi yang lebih mantap bersama kehadiran gegelung hadapan dan penyerap hentak yang lebih bergaya. Ford juga melakukan penambah baikan pada sistem stereng berkuasa, sistem kawalan penvektoran tork, dan Kestabilan Transional Elektronik baharu yang berfungsi untuk mengekalkan ketepatan yang lebih optima dan kawalan kelajuan ketika mengubah haluan yang lebih mantap.

Ford ST ini bakal menembusi pasaran Eropah bermula awal 2015 ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *