SISMA Auto optimis sebagai pengedar utama Jaguar Land Rover

By  |  0 Comments

SISMA Auto MD Syed Khalil Syed Ibrahim (L) and Chairman Syed Hussain Syed Mohamed at the company's first dual-brand roadshow at Bangsar Shopping Centre

SISMA Auto Sdn Bhd bertekad untuk menjayakan peranan barunya sebagai pengedar utama dwi-jenama Jaguar Land Rover. Pengimport tunggal, pengedar dan penyedia perkhidmatan lepas jualan eksklusif bagi Jaguar di Malaysia sejak 1994 telahmeraikan ulangtahun ke-20 syarikat tahun ini di Bangsar Shopping Centre, semalam.

Malah SISMA Auto juga telah membuka lembaran baru dalam sejarahnya berikutan memperoleh kepentingan 40 peratus dalam Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd milik Sime Darby Motors pada 1 April tahun ini. Syarikat usaha sama baharu ini, yang ditukar nama kepada Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, telah dilantik sebagai pengimport eksklusif Jaguar dan Land Rover di Malaysia. Jaguar Land Rover (Malaysia) seterusnya melantik SISMA Auto dan Sime Darby Auto ConneXion sebagai pengedar utama dwijenama bagi Jaguar Land Rover di seluruh Malaysia.

SISMA Auto's first ever dual brand roadshow at Bangsar Shopping Centre saw Jaguar and Land Rover vehicles being showcased side by side

Usaha sama ini memanfaatkan pengalaman lebih 50 tahun kedua-dua rakan kongsi dan dijangka memacu jenama Jaguar and Land Rover ke tahap lebih tinggi di Malaysia.

Meraikan peranan baru dan kejayaannya selama 20 tahun dalam industri automotif, SISMA Auto telah mengadakan pameran bergerak dwi-jenama sulung. Dengan memperagakan kenderaan Jaguar dan Land Rover terbaharu di Bangsar Shopping Centre dari sekarang hingga 22 Jun ini.

Model yang dipamerkan termasuklah Jaguar XF, XJ and F-Type serta Range Rover Sport yang baru dilancarkan, Range Rover Evoque dan Land Rover Discovery 4. Syarikat ini menawarkan promosi ulang tahun eksklusif untuk semua model, termasuk kadar pembiayaan 1.68 peratus, pakej aksesori bernilai RM10,000 dan jam tangan EPOS SISMA edisi terhad.

The all-new Range Rover Sport shared the limelight with the Jaguar F-Type S Convertible at SISMA Auto's first dual-brand roadshow at Bangsar Shopping Centre

Menurut pengarah urusan SISMA Auto Syed Khalil Syed Ibrahim, syarikatnya berbangga kerana diberi kepercayaan mengendalikan satu lagi jenama terkemuka British selepas menguruskan jenama Jaguar di Malaysia sepanjang dua dekad lepas.

“Kami kini memasuki era yang cukup menarik kerana kami melihat potensi pertumbuhan besar bagi kedua-dua jenama Jaguar dan Land Rover di Malaysia. Strategi pembangunan produk agresif prinsipal kami telah menyaksikan pelancaran beberapa model baru yang disanjungi, dan banyak lagi yang bakal diperkenalkan.

Di Malaysia, kami baru sahaja menyempurnakan pelancaran Range Rover Sport serba baru manakala coupe Jaguar F-Type dan F-Type R yang dinanti-nantikan akan tiba pada separuh kedua tahun ini. Jaguar telah membolehkan kami mengintai tawaran pada masa depan dalam bentuk sedan eksekutif kompak XE yang menarik dan SUV CX17, yang bakal memacu jenama ini ke dalam dua segmen baru sama sekali dan meluaskan capaian dan daya tarikannya. Land Rover juga telah menarik perhatian dunia dengan konsep Discovery Vision yang mengagumkan,” katanya.

The Jaguar F-Type S Convertible shared the spotlight with the all-new Range Rover Sport at SISMA Auto's first dual-brand roadshow at Bangsar Shopping Centre

Syed Khalil menambah bahawa SISMA Auto bersedia untuk menyumbang kepada pertumbuhan jualan kukuh bagi dua jenama besar itu di Malaysia. Syarikat sudah pun memulakan jualan dan servis kenderaan Land Rover di pusat 4S Glenmarie. Ia membariskan rangkaian lengkap model terkini untuk dilihat dan dipandu uji. Pasukan servis juga terlatih sepenuhnya, bertauliah dan disokong oleh Jaguar Land Rover, selain dilengkapi peralatan dan alat diagnostik terkini.

SISMA Auto kini giat membuat pelaburan untuk menaik taraf dan meluaskan rangkaian dalam usaha memenuhi keperluan semakin ramai pelanggan kedua-dua jenama. Bilik pameran dwi-jenama baru di Menara Worldwide di Bukit Bintang, di tengah-tengah kawasan gaya hidup terulung Kuala Lumpur, dijangka dibuka tidak lama lagi. Di samping itu, SISMA Auto sedang merancang untuk membuka pusat 4S Jaguar Land Rover di Pulau Pinang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *