Tiada jaminan bagi pembelian Mercedes melalui saluran tidak rasmi – Mercedes-Benz

By  |  0 Comments

MERC_02

Disebabkan terdapat isu mengenai kegagalan akibat kualiti bahan api yang melibatkan model Mercedes-Benz yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi, Mercedes-Benz (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servisnya berkaitan perlindungan jaminan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Mercedes-Benz berkata, pekeliling itu menjelaskan bahawa sebarang kegagalan kereta penumpang Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan.

Menurut Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain. Oleh itu, kebanyakan kenderaan diimport tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan, malah mungkin boleh mengalami kegagalan,

Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup menepati kriteria piawaian tempatan dan oleh itu pihak Mercedes-Benz telah memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli model kenderaan daripada wakil pengedar tidak sah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *