AAA minta pertimbangan bagi mengurangkan VLT cermin depan kereta kepada 60 peratus

By  |  0 Comments

JPJ TINTED

BERNAMA melaporkan Pertubuhan Penjual Auto Audio, Aksesories dan Hawa Dingin Malaysia (AAA) meminta pertimbangan daripada kerajaan untuk mengurangkan kadar Ketelusan Cahaya Nampak (VLT) bagi cermin depan kenderaan penumpang daripada 70 peratus sekarang kepada 60 peratus.

Menurut salah seorang anggota exco AAA, James Goh, ini perlu kerana sesetengah kereta penumpang seperti Proton Saga telah pun telus cahaya 72 peratus sebelum penggelapan dan ini menimbulkan masalah kepada pelanggan untuk menggelapkan cermin depan kereta mereka.

Malah katanya lagi, isu yang sedang hangat diperkatakan ini bukan tentang pemasangan cermin gelap di bahagian depan kereta tetapi ada kereta yang telus cahaya 72 peratus walaupun sebelum menggelapkan dan ini menimbulkan masalah kepada pelanggan untuk memasang cermin gelap pada kereta.

Di mana kerja-kerja menggelapkan cermin bagi kereta yang telus cahaya 72 peratus sebelum penggelapan akan mengurangkan kadar VLT dan melanggar peraturan minimum telus cahaya 70 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan bagi cermin depan kereta penumpang.

Malah nilai VLT berkurangan apabila cermin bertambah gelap.

Goh juga mencadangkan VLT cermin sisi di tempat duduk depan dan belakang dan cermin belakang ditetapkan melebihi 40 peratus.

Beliau berkata AAA membantah cadangan pemasangan cermin gelap di bawah 35 peratus telus cahaya bagi kereta penumpang kerana ini menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan penguatkuasaan.

Goh juga mahu semua peralatan menguji VLT diselaraskan bagi memastikan pemasangan cermin gelap pada kereta mematuhi undang-undang selain mempunyai operasi yang seragam berhubung dengan VLT.

AAA juga dikatakan akan menggemukakan satu memorandum kepada Kementerian Pengangkutan pada Selasa ini berhubung dengan permintaan oleh persatuan mengenai isu VLT tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq