Proton tukar strategi bagi memburu misi menjadi pengeluar bertaraf dunia – Tun M

By  |  0 Comments

Suprima-S-launch-00510

Pengerusi baharu Proton Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Proton kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia.

Laporan dari BERNAMA itu memetik, Tun Dr Mahathir berkata selama ini Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

Namun kini, dengan misi yang baharu, Proton mahu menjadi pengeluar kereta bertaraf dunia, dan secara tidak langsung pembeli perlu membayar harga yang lebih tinggi. Katanya lagi, pembeli tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah.

Proton_Suprima_S_vs_Preve_-001

Beliau berkata semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.

Ketika ditanya sama ada Proton akan terus mengeluarkan kereta murah, Dr Mahathir menjawab, Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia bergerak tiga batu dan rosak.

Mengenai dana pula, buat setakat ini Proton tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak termasuklah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas. Malah Tun Dr.Mahathir bertegas tidak akan menemui pihak tersebut bagi tujuan mendapatkan dana. Sebaliknya berkata, disebabkan Proton ialah syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan,” katanya.

Ditanya sama ada Proton memerlukan bantuan kerajaan, beliau berkata semasa tempoh perkhidmatan bekas presiden Korea Selatan Park Chung Hee, beliau memanggil 12 individu dan meminta mereka membuka industri, dan beliau akan menyediakan pinjaman dan dana.

Mereka adalah syarikat swasta seperti Hyundai, LG dan Daewoo. Semuanya syarikat swasta dan pihak kerajaan terbabit membantu mereka sepenuhnya. Hasilnya, mereka tidak lagi memerlukan bantuan kerajaan, kata Dr Mahathir.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *