McLaren 650S kini mengaum di Malaysia

By  |  0 Comments

650S_12

Setelah melancarkan dua modelnya, 12C dan P1 di Malaysia pada akhir tahun lalu, kini giliran model terbaharunya pula iaitu 650S. McLaren sangat optimis untuk melancarkan jentera mewahnya ke pasaran Malaysia atas keyakinan tinggi di dalam pasaran jentera berjenama mewah dan berkuasa tinggi.

Majlis pelancaran ini berlangsung di McLaren Kuala Lumpur Show Gallery yang terletak di Mutiara Damansara. Ia turut dihadiri oleh Ketua bahagian Operasi dan Jualan McLaren Automotive Asia, George Biggs, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Dato’ Lawrence Lee, Pengarah Sime Darby Auto Britannia, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Ketua bahagian Jualan Sime Darby Auto Britannia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

650S_45

Malah pelancaran jentera 650C dilihat sebagai salah satu penghargaan buat pemandu Malaysia yang terutamanya yang begitu menggemari kenderaan mewah dan berkuasa tinggi yang pastinya ingin mendapatkan supercar terbaik.
Malah kedatangan 650S di Malaysia melengkapi misi McLaren bagi menembusi pasaran di sini.

Di bawah hudnya, McLaren 650C ini dijanakan oleh enjin M838T V8 turbo berkembar 32 injap DOHC VVT yang mampu menghasilkan kuasa yang sangat impresif sehingga 641 hp pada 7,250 rpm dan tork 678 Nm pada 6,000 rpm. Ia juga dipadankan dengan kota gear Seamless Shift klac berkembar tujuh kelajuan.

Didatangkan dengan dua varian iaitu 650S Coupe dan 650S Spyder yang mempunyai sedikit prestasi berbeza. Di mana model Spyder mampu mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 329 km/j, manakala Coupe pula 333 km/j.

McLaren 650C ini diperbuat daripada gentian karbon MonoCell dengan aluminium untuk struktur hadapan dan belakang.Ia hanya seberat 1,330 kg membuatkan jentera ini begitu gagah dipacu mengikut kemahuan pemanduan.

650S_04

Berkenaan dengan rekaannya, pastinya McLaren mahukan imej yang cukup agresif ditampilkan buat 650S ini. Di mana pada bahagian bampar hadapan dan lampu utamanya tampak lebih dramatik. Malah bentuk bilah pintu yang lebih unik juga memberikan imej yang cukup impresif buat jentera ini. Bukan itu sahaja, rekaan logo Mclaren sangat menyerlah.

Pada bahagian bonetnya pula, ia diilhamkan daripada rekaan penuh ikonik McLaren F1. Manakala pada bahagian belakangnya pula, ia direka bagi memberikan ciri aerodinamik yang lebih optimum, menjadikan rekaan 12C GT3 sebagai inspirasi.

650S_22

Bagi bahagian kabinnya, ia turut tampil dengan pembesar suara berkualiti tinggi Meridian, pengesan parkir, kamera undur, tempat duduk pelarasan elektronik, kawalan penghawa dingin berkembar dan banyak lagi. Malah ia juga tampil dengan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Track.

Terdapat dalam empat warna pilihan iaitu oren, biru, hitam dan putih, McLaren 650S ini dijual pada harga atas jalan bermula RM2.4 juta untuk model Coupe dan RM2.6 juta bagi Spyder. Harga tersebut dilengkapi dengan insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq