Jom beraya bersama Proton

By  |  0 Comments

Proton Suprima S

Proton juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba nanti dengan memulakan promosi jualan terhebat bagi semua model Proton. Bermula pada bulan ini, model Proton yang bakal mengambil bahagian termasuklah Suprima S dan Preve.

Dengan menawarkan rebet tunai sehingga RM8,000 bagi model Proton terpilih, pastinya ia mampu menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk memandu pulang kenderaan idamaman ke kampung pada hari lebaran ini. Malah Proton turut menawarkan tiga tahun penyelenggaraan percuma dan juga kadar faedah terendah sehingga 2.70 peratus untuk promosi jualan ini.

Tawaran ini berlangsung hanya sebulan sahaja dan bakal berakhir pada 30 Jun ini. Jangan lupa kunjungi bilik pameran Proton berhampiran untuk sesi pandu uji dan tempahan mana-mana model Proton yang berkenan di hati.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *