Keputusan GST bagi petrol & diesel belum ditetapkan – Menteri Kewangan

By  |  0 Comments

RON95

Kerajaan belum memutuskan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Itu merupakan laporan yang disiarkan oleh BERNAMA hari ini, di mana Maslan turut berkata, kemungkinan perkara ini akan diputuskan apabila kerajaan mengumumkan mekanisma baharu rasionalisasi subsidi bahan api tidak lama lagi.

Malah sebelum keputusan ini mampu dicapai, ia perlu menunggu kata putus daripada kabinet yang sedang memperhalusi senarai 255 barangan yang mungkin dikecuali atau dikenakan GST selain mekanisma rasionalisasi subsidi bahan api.

Melalui laporan tersebut juga menyebut, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST pada April tahun depan.

Menjawab dakwaan terbabit, Maslan menganggap ia hanyalah spekulasi. Tetapi menegaskan bahawa akan ada skim rasionalisasi subsidi bahan api untuk memastikan subsidi yang disalurkan hanya kepada golongan yang memerlukan.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *