Toyota memulakan siri jelajah dan promosi sempena hari raya

By  |  0 Comments

toyota-vios 064

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma pada penghujung Julai ini, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah memulakan kempen jualan mereka pada 3 Jun yang lalu. Dengan pelbagai tawaran yang menarik, para pelanggan

Antara model Toyota yang terlibat di dalam kempen raya ini ialah Vios, Camry, Avanza, Innova dan Hilux. Bukan itu sahaja, para pelanggan yang mencari kenderaan mewah yang penuh keselesaan bakal mempunyai pilihan lain iaitu MPV Alphard dan Previa.

Di mana UMWT menawarkan 300 pelanggan pertama yang membeli Alphard atau Previa dengan tawaran seperti berikut :

Alphard 2.4G – Percuma 1 tahun insurans + 3 tahun penyelenggaraan bernilai RM2,000 + 1 tahun cukai jalan
Alphard 3.5G – Percuma 1 tahun insurans + 3 tahun penyelenggaraan bernilai RM2,500 + 1 tahun cukai jalan
Previa 2.4G – Percuma 1 tahun insurans + 3 tahun penyelenggaraan bernilai RM2,000 + 1 tahun cukai jalan

Pic 2

Sempena dengan promosi jualan ini juga, UMWT turut menganjurkan Siri Jelajah Toyota di pusat membeli-belah dan lokasi terpilih bermula pada 3 Jun sehingga 13 Julai 2014 untuk menikmati pelbagai tawaran menarik yang disediakan. Malah para pelanggan yang berkunjung dan mendaftar di mana-mana lokasi siri jelajah tersebut turut berpeluang mendapatkan cenderahati istimewa Toyota.

Untuk mendapatkan info mengenai lokasi siri jelajah ini, sila layari laman web rasmi www.toyota.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *