Great Wall M4 EEV bakal dilancarkan pada 23 Jun ini?

By  |  0 Comments

Screen Shot 2014-06-05 at 12.23.58

Pagi ini laman media sosial FB Great Wall Motors Malaysia telah mendedahkan poster bagi model Great Wall M4 EEV. Ia menunjukkan model SUV mini ini mengajak orang ramai membantu untuk menghijaukan lagi alam sekitar.

Malah pihak Great Wall Motors Malaysia turut mengundang orang ramai untuk berkunjung ke bilik pameran mereka pada 23 Jun ini jam 10 pagi. Adakah ini bermakna model M4 EEV ini bakal dilancarkan?

Haval M4

Malah pada pertengahan Mac yang lalu, brotherhood kepada Info Kereta, oto.my telah pun mula memaparkan promosi mengenai SUV mini ini. Difahamkan model ini kemungkinan besar bakal dijual di bawah harga RM50,000.

M4 ini bakal didatangkan dengan dua varian iaitu automatik dan manual yang kedua-duanya ada versi 2WD dan 4WD, M4 dijanakan oleh enjin 1.5 liter VVT-i.

Apakah benar ia bakal dilancarkan pada 23 Jun ini? Apakah benar ia bakal dijual pada harga di bawah RM50,000?

Info Kereta akan membawakan maklumat selanjutnya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *