Haval M4 bakal dilancarkan Mei ini

By  |  0 Comments

P1090963

Green Oranges Sdn Bhd (GOSB) yang mendapat mandat francias untuk mengedarkan kenderaan Great Wall Motor (GWM) di pasaran Malaysia, bakal memperkenalkan tiga lagi model untuk tahun ini. Sebelum ini, GOSB telah membawa masuk SUV Haval H5 dan trak pikap Wingle5 pada penghujung tahun 2011.

Menurut GOSB, pada bulan Februari ini, mereka akan mula mengadakan siri jelajah untuk memperkenalkan ketiga-tiga model baharu iaitu Haval M4, Haval H6 dan Wingle5 yang dinaiktaraf.

P1090950

Haval M6 versi ‘left-hand drive’(hanya satu unit yang dibawa masuk ke negara ini dengan tujuan untuk dipamerkan sahaja) telah pun dipamerkan di bilk pameran GOSB yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. Malah Februari ini, GOSB akan membawa masuk unit CBU pula untuk siri jelajah tersebut.

Manakala pada bulan April ini, kilang pemasangan mereka yang terletak di Gurun, Kedah, akan memulakan operasi memasang M4 ini. Ia dijangkakan akan dilancarkan pada Mei ini dengan harga di bawah Rm50,000 seunit.

P1090938

Bakal didatangkan dengan dua varian iaitu automatik dan manual yang kedua-duanya ada versi 2WD dan 4WD, M4 dijanakan oleh enjin 1.5 liter VVT-i.

Sebelum melancarkan M5, GOSB akan melancarkan kenderaan SUV Haval H6 2WD pada April ini. Model ini adalah untuk menggantikan Haval H5 bagi pasaran Malaysia. Ia bakal dijual pada harga RM88,000 seunit.

Pada bulan Jun ini pula, giliran Wingle5 versi model yang dinaiktaraf pula bakal dilancarkan. Dan buat pertama kalinya, GOSB membawa masuk varian automatik selain versi manual seperti model sedia ada.

Merancang untuk membesarkan lagi kilang pemasangannya di Gurun, GOSB turut mendapat geran dana EEV untuk memproduksikan M4 dan H6 bagi menghasilkan unit CKD.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *