Proton GSC dikesan di Lebuh Raya Persekutuan

By  |  0 Comments

GSC_01

Rakan sepejabat InfoKereta, Azree, sempat merakamkan foto Proton Global Small Car (kod nama P2-30A) yang sedang diuji di Lebuh raya Persekutuan baru-baru ini. Dan pemandunya terus meluncur laju sebaik sahaja menyedari kenderaan tersebut menjadi tumpuan lensa.

Sejak akhir tahun lalu, spyshot GSC sudah beberapa kali dipaparkan menerusi Paultan.org dan InfoKereta sendiri. Malah paparan pada papan pemuka, skrin sesentuh dan unit kepala pada bahagian kabin juga pernah dipaparkan. Begitu juga dengan beberapa elemen luaran seperti lampu belakang. Apa yang sedia maklum, lampu hadapan termasuk lampu pencahayaan siang (DRL) LED dan ESC juga mungkin akan ditampilkan bagi model Proton ini.

GCS_02

Kami difahamkan, pihak Proton masih mencari-cari nama yang bersesuaian untuk model ini dan peraduan ‘Nama Siapa Hebat’ juga telah dijalankan bagi tujuan tersebut. Tetapi hingga kini, pihak Proton sendiri masih bermain teka-teki mengenai bilakah model ini bakal diperkenalkan secara rasminya, sekali gus mungkin mampu memberikan sinaran baru buat Proton agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan setelah prestasinya agak merundum sejak kebelakangan ini. Nampak gayanya tugas yang digalas oleh CEO baharu Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah begitu mencabar bagi menaikkan semula nama Proton.

Proton… selamat maju jaya!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *