Tun Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton

By  |  0 Comments

Suprima-S-launch-00510

Menurut laporan oleh The Malaysian Reserve (TMR), Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun dilantik sebagai pengerusi Proton. Malah dijangkakan pengumuman rasmi bakal dikeluarkan dalam masa seminggu ini.

Ini bermakna pelantikan Tun Mahathir bakal menyaksikan pengunduran pengerusi eksekutif Proton sekarang iaitu Tan Sri Mohd Khamil Jamil daripada jawatan yang dipangku selama ini. Malah bekas Perdana Menteri itu juga bakal dilantik menjadi pengerusi Lotus.

Mengikut sumber yang memberitahu perkara ini kepada TMR, surat pelantikan telah ditandatangani dan secara rasminya ia telah pun diluluskan oleh ahli lembaga pengarah. Malah ia juga dianggap sebagai satu petanda baik buat Proton. Di mana Tun Mahathir mahu melihat kejayaan Proton dalam segala sudut memandangkan beliau tahu arah tuju syarikat automotif tersebut. Malah sanggup berhadapan dengan risiko untuk sebarang keputusan yang dilakukan.

Untuk rekod, Tun Mahathir telah pun menjadi penasihat Proton sejak beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003. Malah baru-baru ini, Proton telah melantik Datuk Abdul Harith Abdullah sebagai CEO baharu syarikat ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *