Datuk Abdul Harith Abdullah dilantik sebagai CEO Proton

By  |  0 Comments

abdul-harith

BERNAMA telah melaporkan pelantikan Datuk Abdul Harith Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi Proton Holdings Bhd berkuat kuasa 15 April lalu. Ia telah diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil, ketika ditemui dalam majlis meraikan dua pekerja HICOM Automotive Manufacturers Sdn Bhd, yang berpeluang menjalani latihan perindustrian selama enam bulan dengan Volkswagen di Portugal.

Abdul Harith yang dahulunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH), diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh DRB-Hicom untuk mengemudi Proton selepas peletakan jawatan Timbalan CEO Proton, Datuk Lukman Ibrahim, Februari lalu.

Proton yang sejak kebelakangan ini panas dengan beberapa kontroversi telah melakukan pelbagai perubahan termasuk dalam kumpulan pengurusannya. Antaranya peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, dan juga teka-teki pengganti Datuk Lukman Ibrahim.

Berkelulusan ijazah sarjana dalam jurusan rekaan kenderaan dari Royal College of Art, London, Harith dilihat sebagai individu yang tepat untuk mengemudi pengurusan Proton, sekali gus memikul tanggung jawab yang amat besar bagi memastikan jenama ini terus mampu bersaing di dalam dunia automotif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *