Honda City kini tampil dengan warna Dark Ruby Red Pearl

By  |  0 Comments

Honda City _Dark Ruby Red Pearl_Front

Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah memperkenalkan warna baharu bagi model Honda City iaitu Dark Ruby Red Pearl, di pasaran tempatan. Warna ini dilihat mampu menarik golongan eksekutif muda untuk memiliki model City ini.

Selain warna baharu ini, Citu turut menampilkan empat lagi pilihan warna iaitu Taffeta White, Modern Steel Metallic, Alabaster Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.

Honda_City_Red_Ruby_side

Ia menerima padanan enjin 1.5 liter i-VTEC SOHC yang mampu memberikan kuasa maksimum 120 PS pada 6,600 rpm dan puncak tork 146 Nm pada 4,600 rpm. Serta dipadankan dengan transmisi boleh laras berterusan (CVT) tujuh-kelajuan baharu yang dibina dengan menggunakan teknologi Earth Dream ciptaan Honda sendiri.

Antara elemen yang ditampilkan termasuklah Paparan Audio bersaiz tujuh-inci dengan fungsi MirrorLink (varian V), Kemasukan Pintar dan butang Penghidup Enjin (varian V dan E) dan corong penghawa dingin untuk tempat duduk belakang (varian E dan V). Ia juga memiliki ruang but yang lebih luas iaitu 536 liter, paling besar dalam kelasnya.

Honda_City_Red_Ruby_Back

Bagi aspek keselamatan pula, City ini dilengkapi dengam enam beg udara (varian V), Bantuan Kestabilan Kenderaan (varian E dan V), Isyarat Berhenti Kecemasan (varian E dan V), ABS, ISOFIX.

Semenjak City generasi ke-empat ini dilancarkan pada Mac 2014 lalu, sehingga kini telah mencatat jualan sebanyak 55,587 unit dan menyumbang sebanyak 41% jumlah jualan Honda bagi separuh pertama tahun ini, sekali gus meletakkan ia di posisi teratas dalam segmen-B.

Model City ini berharga RM86,790.77 bagi varian V, RM79,785.39 (varian E), RM74,778.09 (varian S+) dan RM71,743.87 (varian S). Honda mensasarkan untuk menjual sebanyak 300 unit sebulan bagi varian warna Dark Ruby Red Pearl dan bersikap optimistik bahawa ia bakal menerima sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *