BMW X6 M baharu penuh maskulin, berkuasa & dinamik

By  |  0 Comments

The New BMW X6 M (1)

BMW Group Malaysia telah melancarkan generasi kedua bagi Sports Activiti Coupe (SAC), BMW X6 M baharu yang menampilkan rekaan penuh emotif, kuasa lebih bertenaga dan persembahan prestasi penuh dinamik.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO BMW Group Malaysia, Alan Harris, “Lima tahun dahulu, pengenalan generasi pertama bagi BMW X6 M memberikan satu lagi kejayaan signifikan kepada BMW daripada segi kecemerlangan dinamik, reka bentuk M yang berbeza dan kecekapan luar biasa. Kini, rekaan yang penuh revolusi ini telah digabungkan dengan ketangkasan dan gaya serba sporty BMW Coupe, secara tidak langsung melahirkan BMW X6 M baharu ini lebih premium.”

BMW X6 M baharu ini tampil dengan gaya yang lebih mempersona, menyerlahkan karakteristik spesifik-M. Bahagian hadapannya didominasi dengan gril ‘M double-bridge kidney’ yang lebih lebar dan tiga saluran udara yang lebih besar.

The New BMW X6 M (2)

Karakter penuh dinamik itu juga jelas kelihatan pada garisan bumbung yang lebih landai dan skirt sisi M yang menyerlahkan lagi gaya maskulinnya. Manakala bahagian belakang pula begitu menambat pandangan apabila rekaannya lebih ‘berfungsi’ termasuk penampilan spoiler dan paip ekzos berkembar M yang setara dengan jentera ini.

Pemilihan cermin luaran M twim-arm yang disambungkan pada indikator arah, gerbang roda yang bersifat maskulin dan rim aloi M berisaiz 21-inci turut menyerlahkan lagi gayanya.

The New BMW X6 M (3)

BMW X6 M ini turut dilengkapi dengan Kawalan Prestasi Dinamik bagi mengurangkan understeer, sistem anti-olengan Pemanduan Dinamik, suspensi belakang pneumatik serta Kawalan Peredam Dinamik yang memberikan pelarasan peredam elektronik untuk mod COMFORT, SPORT dan SPORT +.

Pengendaliannya juga lebih mantap dengan kehadiran sistem pacuan semua roda xDrive talaan-M, sokongan tambahan M Servotronic, dan butang Pemanduan Dinamik untuk karakteristik stereng mengikut keadaan.

Prestasi BMW X6 M baharu ini pastinya diserlahkan oleh enjin BMW yang paling berkuasa iaitu 4.4 liter V8 M TwinPower Turbo yang mampu menghambuskan kuasa sehingga 575 hp (lebih 20 hp berbanding model sebelumnya) serta tork 750 Nm. Ia mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.2 saat. Malah jentera ini juga dianggarkan menggunakan bahan api sekitar 11.1 liter bagi setiap 100 km dan emisi C02 lebih kurang 258g/km.

Penyaluran kuasa untuk BMW X6 M ini adalah menerusi transmisi M Steptronic lapan-kelajuan baharu dengan Drivelogic yang memberikan satu lagi penanda aras baharu bagi dinamik dan penukaran gear. Malah sebagai elemen eksklusif M, ia tiada sambungan kuasa-penghantaran automatik ketika kenderaan berada dalam keadaan berhenti.

BMW X6 M baharu ini juga hadir dengan ciri BMW ConnectedDrive yang komprehensif termasuk Sistem Navigasi Profesional generasi baharu yang menambahkan lagi fungsinya termasuk paparan grafik dan peta 3D.

Selain itu, ia turut menampilkan Head-Up Display berwarna dengan paparan spesifik-M dan aplikasi BMW M lap timer yang boleh diakses menerusi iDrive Controller.

Harga jualan atas jalan (tanpa insurans) yang dianggarkan bagi BMW X6 M baharu ini ialah RM1,238,800 dan ia turut didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan dan Program Servis Berskala Percuma.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *