Goodyear Malaysia taja tayar untuk St. John Ambulance memasuki tahun ke-9

By  |  0 Comments

Goodyear

Goodyear Malaysia telah mempamerkan sokongan untuk mempertingkatkan tahap kesihatan dan keselamatan masyarakat dengan menaja tayar yang lebih berkualiti dan tahan lama kepada St. John Ambulance.

Secara umumnya, ia telah memasuki tahun ke-sembilan, Goodyear Malaysia menaja tayar yang berkualiti kepada St. John Ambulance. Bagi tahun ini, Goodyear sekali lagi berbesar hari untuk menaja 16 set tayar yang dipadankan dengan ambulans dari model Toyota Hiace yang digunakan oleh pihak St. John.

“Goodyear memiliki sejarah yang tersendiri di dalam menyokong komuniti tempatan di serata dunia. Syarikat ini telah membina hubungan yang utuh dengan organisasi dan masyarakat, menerusinya kami dapat berkongsi nilai ‘keprihatinan terhadap komuniti’,”ujar Claire Lim, Pengarah Pemasaran Goodyear Malaysia.

Tambahnya lagi, Goodyear Malaysia menghargai sumbangan St. John Ambulance yang menyalurkan servis pertolongan kecemasan buat rakyat Malaysia bila-bila masa sahaja dikehendaki. Justeru, Goodyear Malaysia berbesar hati menaja set tayar G-28 yang memiliki ciri-ciri ketahanan dan diyakini sebagai tanda penghargaan kepada St. John Ambulance.

Selain St. John Ambulance, Goodyear turut menyalurkan sokongan dan tajaan kepada Persatuan Kanak-kanak Spastik, Persatuan Orang Buta Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Mercy Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq