Petronas lancar Euro 4M RON 97 menerusi Petronas Primax 97 baharu – Harga RM2.45 seliter

By  |  0 Comments

Petronas Primax 97 Euro 4M 001

Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan bahan api baharunya Petronas Primax 97 with improved Advanced Energy Formula yang dirumus khas untuk pecutan yang unggul. Bahan api RON 97 ini juga menepati spesifikasi Euro 4M dan telah dilancarkan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan iaitu 1 Sept 2015. Malah ia juga merupakan Euro 4M pertama yang dilancarkan di Malaysia.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Stesen Petronas Technology Park, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, disaksikan oleh Md Arif Mahmood, Naib Presiden Eksekutif dan CEO Perniagaan Hilir, Petronas.

Kandungan bahan api Euro 4M ini mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) yang lebih rendah, menjadikannya bahan api yang lebih mesra alam kerana hasil pelepasan dan pencemar yang lebih rendah berbanding dengan bahan api Euro 2M RON 97 sebelum ini. Dengan spesifikasi Euro 4M, pengurangan kandungan sulfur juga akan melindungi sistem pelepasan ekzos kenderaan.

Petronas Primax 97 baharu dengan spesifikasi Euro 4M ini diproses dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara iaitu di loji Petronas yang terletak di Kerteh dan Melaka.

Petronas Primax 97 Euro 4M 002

Menurut Pengarah Pengurusan dan CEO PDB, Ibrahimnuddin Yunus, “Pelancaran Petronas Primax 97 dengan spesifikasi Euro 4M ini, bukan sahaja mampu menghasilkan pecutan yang lebih memberangsangkan. Bahkan para pemandu dapat merasai pemanduan yang lebih baik.”

Buat masa ini, harga yang ditawarkan untuk Petronas Primax 97 baharu dengan spesifikasi Euro 4M ini ialah RM2.45 setiap liter (termasuk GST) iaitu sama seperti Euro 2M RON 97 sebelum ini. Lebih dari 500 buah stesen Petronas telah mula menjual bahan api ini, termasuk Sabah dan Sarawak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *