Lexus ES baharu bersedia menerima tempahan – Harga bermula RM268k

By  |  0 Comments

Lexus Malaysia telah mengumumkan model baharu bagi barisan Lexus ES iaitu ES 250 Premium, ES 250 Luxury dan ES 300h telah bersedia menerima tempahan.

Harga atas jalan termasuk insurans yang ditawarkan bagi ES 250 Premium ialah RM266,687.80 (Semenanjung Malaysia), RM268, 408.56 (Sabah) dan RM268,408.56 (Sarawak).

Manakala bagi ES 250 Luxury pula, ia berharga (berserta insurans) RM286,611.52 (Semenanjung Malaysia), RM288,217.41 (Sabah) dan RM288,217.41 (Sarawak).

Bagi ES 300h, harga atas jalan (termasuk insurans) ialah RM366,854.64 (Semenanjung Malaysia), RM366,427.30 (Sabah) dan RM366, 427.30 (Sarawak).

ES 250 Premium dan Luxury dijanakan oleh enjin 2AR-FE 2.5 liter empat-silinder dengan kuasa 181 hp pada 6,000 rpm dan tork 235 Nm pada 4,100 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi Super ECT auto enam-kelajuan.

Manakala ES 300h pula dipadankan dengan enjin 2AR-FXE 2.5 liter kitaran Atkinson empat-silinder yang digabungkan dengan motor elektrik berkuasa 105 kW yang dijanakan oleh bateri hidrida 650V.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *