Galeri : Mazda 2 2015 tampil dengan tiga warna baharu

By  |  0 Comments

Bermaz Motor telah mengumumkan tiga warna baharu yang diperkenalkan buat Mazda 2 iaitu Dynamic Blue Mica dan Smoky Rose Mica seperti mana yang ada dalam galeri foto. Dan satu lagi warna baharu yang ditampilkan iaitu Black Mica.

Ketiga-tiga warna ini menyertai warna-warna sedia ada iaitu Soul Red Metallic, Metropolitan Grey, Snowflake White Pearl dan Aluminium Metallic. Walau bagaimana pun, warna Blue Mica dan Rose Mica hanya boleh didapati pada tahun hadapan.

Manakala Black Mica pula bakal tiba tidak lama lagi, dijangka pada September ini.

Mazda 2 dijanakan oleh enjin 1.5 liter SkyActiv-G empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 114 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 148 Nm pada 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan.

Sama sewaktu pelancarannya, Mazda 2 ini turut dilengkapi dengan lampu kabus, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik, pedal penukar gear, sistem infotaimen MZD Connect dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci, sistem bunyi dengan enam pembesar suara dan banyak lagi.

Harganya masih sama iaitu RM87,956 (dengan insurans) dan setiap pembeliannya didatangkan dengan waranti selama tiga tahun/100,000 km dan servis percuma tiga tahun/60,000 km.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *