Ford Mustang mula dibuka tempahan pra-pelancaran – Harga RM435k-RM565k

By  |  0 Comments

2015_Ford_Mustang_Malaysia_ 011

Ford telah mengumumkan pengambilan tempahan pra-pelancaran secara rasmi untuk model ikonik, Mustang baharu di Malaysia, lebih awal daripada penampilan sulungnya di semua bilik pameran Ford di seluruh negara pada Disember depan.

Menawarkan varian fastback dengan enjin pengecas turbo 2.3 liter EcoBoost yang menjimatkan minyak dan ditawarkan pada harga RM435,000 hingga RM450,000 seunit. Selain itu, ia turut menawarkan varian Convertible dengan enjin klasik 5.0 liter V8 yang berharga RM550,000 hingga RM565,000 seunit.

2015_Ford_Mustang_Malaysia_ 043

Enjin 2.3 liter EcoBoost® yang berupaya menjana kuasa mencecah 310 kuasa kuda dan tork setinggi 434 Nm. Manakala bagi enjin 5.0 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 435 kuasa kuda dan tork setinggi 528 Nm. Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

“Varian Fastback dengan enjin 2.3 liter EcoBoost memang cukup sesuai untuk pasaran Malaysia. Ini kerana ia mampu menawarkan kuasa dan prestasi yang diharapkan oleh pemandu Mustang. Pada masa yang sama memenuhi keperluan semasa yang mementingkan penjimatan bahan api, bersama gaya yang sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Malaysia, Ford Motor Company, Veemala Rethinasamy.

Kedua-dua varian Mustang didatangkan dalam enam warna menarik – putih (Oxford White), hitam (Shadow Black), biru (Deep Impact Blue), kelabu (Magnetic Grey) dan (Race Red). Manakala warna kuning (Triple Yellow Tri-Coat) yang istimewa ditawarkan untuk varian 5.0 liter V8.

Dihasilkan di kilang pemasangan Flat Rock di Amerika Syarikat, Mustang generasi keenam ini menawarkan kawalan stereng yang lebih jitu dan pemanduan lebih selesa.

Mustang mengekalkan reka bentuk yang maskular dan moden iaitu dengan hud beralun yang panjang dan dek belakang pendek. Rekaan itu dikatakan lebih aerodinamik, sekali gus menambah baik aspek penjimatan bahan api dan prestasi.

Model ikonik itu turut menampilkan rangkaian teknologi yang mengagumkan. Justeru, ia dapat menawarkan pemandu dengan maklumat, kawalan dan ketersambungan yang lebih baik. Daripada sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin sehinggalah sistem ketersambungan SYNC2 Ford dan MyKey, para pemandu boleh memandu dengan bebas dan yakin.

Malaysia merupakan antara pasaran pemanduan sebelah kanan yang terpilih untuk menerima model Mustang buat pertama kali sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-50 produksinya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *