Lencongan trafik di LDP laluan Putrajaya-Shah Alam sehingga 15 Julai

By  |  0 Comments

LRT

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah memaklumkan penutupan sementara lorong dan lencongan aliran trafik di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) laluan Putrajaya-Shah Alam bermula hari ini hingga 15 Julai dari 11 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Menurut kenyataan Prasarana, penutupan lorong dari KM23.9 hingga KM24.6 laluan Putrajaya-Shah Alam dan susur ke Putrajaya bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja projek Lanjutan Laluan LRT Ampang.

LDP-lane-closure-map

Sepanjang penutupan tersebut, laluan kontra akan dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.Ia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terbabit memandangkan kerja-kerja tersebut membabitkan penggunaan jentera berat dan pemindahan bahan.

Prasarana mengingatkan semua pengguna jalan raya mengambil langkah berhati-hati dan mematuhi tanda amaran awal semasa melalui kawasan terbabit.

Penghadang jalan dan pengawal bendera akan ditempatkan bagi memberi arahan lalu lintas dan tanda-tanda amaran awal akan dipaparkan bagi memaklumkan penutupan dan lencongan jalan kepada pengguna jalan raya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *