Kereta misteri di sisi Tun M- Adakah ia Proton Perdana baharu?

By  |  0 Comments

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menerbangkan drone Layang Hengoson Team dan mendarat dengan selamat…Tabik Tun…diumur hampir 90an beliau masih hebat dalam teknologi dan mampu mengawal dengan baik…..Respect Tun.. Kelab Che Det Hida Zubaidah Aizatul Arbayaah #melayuhebat #DJIInspire Hellopc Chau Muzik oleh Adza Edie Izwan

Posted by Amru Najmi Osman on Monday, June 15, 2015

Video yang dikongsikan oleh saudara Amru Najmi Osman menerusi laman Facebook ini menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamed menerbangkan drone dalam satu acara yang kemungkinan besar berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Dalam video terbabit, turut kelihatan sebuah model kenderaan yang tidak dikenalpasti kerana telah diselimuti sepenuhnya. Namun kenderaan terbabit yang diparkir di kawasan tempat letak kereta VIP itu, adakah kemungkinan besar ia Proton Perdana baharu? Sekadar spekulasi, namun ada kemungkinan benar atau pun sebaliknya.

perdana-phase-two

Walau bagaimana pun, Proton Perdana sedia ada yang digunakan oleh kerajaan kini merupakan model Honda Accord generasi terdahulu yang diletakkan logo Proton. Namun, fasa kedua pembangunan Proton Perdana yang dijadualkan bermula pada 2016, memerlukan lebih banyak usaha.

Malah Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil berkata, Perdana yang baharu ini bakal menampilkan rekaan dalaman dan ruangan yang baharu namun mungkin menggunakan penjana kuasa Honda. Atau mungkin juga akan menggunakan enjin baharu Proton-Petronas? Nantikan perkembangan selanjutnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *