Tempat duduk khas kanak-kanak & bayi wajib dalam kenderaan mungkin dilaksana pada 2019

By  |  0 Comments

DATUK AZIZ KAPRAWI

Berikutan semakin banyak kes yang melibatkan penumpang bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar selepas terbabit dalam kemalangan, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk menguatkuasakan penggunaan tempat duduk khas bagi kanak-kanak dan bayi di dalam kenderaan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, penguatkuasaan ini mungkin hanya boleh dilaksanakan pada 2019, memetik laporan Bernama.

Beliau berkata kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk melaksanakan undang-undang itu kerana tertakluk kepada beberapa prosedur.

“Ini termasuk proses advokasi kepada masyarakat untuk mendapat maklum balas mereka dalam tempoh dua tahun, selain dua tahun lagi untuk percubaan,” katanya.

Katanya bermula 1 Jan tahun ini, semua penyedia kenderaan diwajibkan menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk tempat duduk khas bayi dan kanak-kanak atau ISOFIX bagi kenderaan yang dihasilkan selepas tarikh itu.

Beliau berkata kesedaran tentang keselamatan dalam kalangan ibu bapa perlu ditingkatkan memandangkan statistik 2013 menunjukkan 53 kanak-kanak dan bayi terlibat dalam kemalangan dan daripada jumlah itu, 31 meninggal dunia.

“Pendaftaran kenderaan baharu turut meningkat kepada 1.5 juta setiap tahun dan ini penting untuk memberi kesedaran mengenai tempat khas kanak-kanak untuk dipraktikkan oleh masyarakat kita,” katanya.

Ab Aziz juga meminta orang ramai untuk membeli tempat duduk khas yang diiktiraf dan memenuhi standard antarabangsa ditetapkan walaupun harganya dalam lingkungan RM600 hingga RM4,000 sebuah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq