ETCM lancar Kempen Riang Raya & Promosi RM1

By  |  0 Comments

nissan-raya-2015

Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan “Kempen Riang Raya”, sepanjang bulan Jun dan Julai.

Di mana ETCM akan menghadiahkan enam pemenang bertuah peluang untuk menganjurkan Rumah Terbuka mereka sendiri. Rumah terbuka itu bernilai RM50,000 yang merangkumi semua kemudahan untuk menganjurkan majlis. Ini termasuklah dekorasi, sewa tempat, sistem bunyi, makanan, minuman serta banyak lagi.

Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan adalah menghantar borang penyertaan dengan setiap pembelian sebuah kenderaan Nissan.

“Kami percaya bahawa konsep “Kempen Riang Raya” tidak pernah dilakukan lagi sebelum ini, Kami juga boleh terlibat dalam menghasilkan momen-momen indah untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan mereka yang tersayang. Jadi, kami sangat berbesar hati untuk melaksanakan rumah terbuka ini,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Sylphy01

Sebagai sebahagian daripada sambutan Riang Raya, ETCM turut melanjutkan Kempen Promosi RM1 iaitu pelanggan boleh membeli NISMO Aerokit untuk model Almera atau IMPUL Aerokit untuk Grand Livina atau Sylphy. Promosi RM1 juga melibatkan paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz lapan-inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 layak menambah tempat duduk kulit pada harga hanya RM1.00.

Kempen RM1.00 turut dilanjutkan kepada beberapa varian Navara terpilih yang membolehkan pelanggan mendapatkan Pakej Navi-Plus. Sebagai tambahan, untuk promosi Serena S-Hybrid, pelanggan boleh menikmati servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun

Bagi memeriahkan lagi Hari Raya, ETCM juga menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi sebuah iPad Air 2 apabila mereka memandu uji kereta di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Penyertaan bagi kempen ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *