Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 30%

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Beberapa akhbar arus perdana semalam melaporkan, sebanyak 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka menaikkan kadar tolnya sebanyak 20 sen hingga RM1 pada Ogos ini jika cadangan kenaikan itu diluluskan Kabinet.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mengikut perjanjian konsesi, tol semua lebuh raya tersebut sudah lama dinaikkan.

Difahamkan, ekoran penangguhan kadar kenaikan tol itu, semua syarikat konsesi yang terbabit diberi pampasan berjumlah RM558.9 juta. Antara kadar tol yang dijangka meningkat secara mendadak ialah Lebuhraya Besraya yang dijangka naik 70 sen, daripada RM1.30 kepada RM2.

Kadar tol Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bakal meningkat sebanyak 60 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.20, Lebuhraya Damansara-Punchong (LDP) akan dinaikkan 50 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.10.

Manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (Latar) turut akan mengalami peningkatan sebanyak 50 sen, daripada RM2 kepada RM2.50, dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) naik 60 sen, daripada RM1 kepada RM1.60.

Lebuh raya lain yang bakal mengalami peningkatan drastik ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Kulim-Butterworth, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

Pada November tahun lalu, kerajaan memutuskan menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 20 lebuh raya di seluruh negara yang sepatutnya dinaikkan tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *