Proton panggil semula 5,280 unit model Inspira untuk pemeriksaan percuma

By  |  0 Comments

proton-inspira-850x446

Susulan daripada pengumuman yang dilakukan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pada 6 Januari 2015 berhubung dengan kempen pemeriksaan dan penggantian V-ribbed belt dan brake booster yang melibatkan beberapa model unit CBU Mitsubishi terpilih, Proton turut menggesa pemilik Proton Inspira untuk melakukan perkara yang sama.

Ia dipercayai melibatkan unit “Drive Belt Pulley” yang ada pada model Inspira buatan antara September 2010 hingga Mei 2011, yang mungkin terjejas selepas jumlah perbatuan tertentu atau pun mengikut keadaan pemanduan. Di mana ia boleh menyebabkan bateri berkurangan dan enjin menjadi terlampau panas. Malah kuasa pada sistem stereng berkuasa juga akan menjadi berkurangan.

Difahamkan, sejumlah 5,280 unit Inspira akan terlibat dengan kempen pemeriksaan dan penukaran komponen tersebut. Bagi pemilik Inspira terbabit, disarankan agar terus menghubungi mana-mana pusat servis Proton berhampiran untuk membuat temujanji pemeriksaan secara percuma ini. Penukaran alat ganti terbabit dan kos buruh adalah ditanggung oleh pihak Proton sendiri. Malah Proton akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada para pemilik Inspira yang terlibat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *