Volkswagen anjur kempen ‘Polo Goes Zero’

By  |  1 Comment

PoloCKD37

Volkswagen Malaysia kini menawarkan promosi pembiayaan untuk semua model Polo dari 21 Februari melalui kempen ‘Polo Goes Zero’. Polo dan Polo Sedan kini boleh dimiliki tanpa faedah dan tanpa bayaran pendahuluan dari hanya RM999 sebulan selama tujuh tahun.

Kemuncak kempen ‘Polo Goes Zero’ adalah semasa karnival yang akan diadakan di Bukit Jalil dari 6 hingga 8 Mac 2015, di mana pelanggan di Malaysia berpeluang untuk menguji pandu model Volkswagen pilihan mereka. Pengunjung karnival juga boleh membuat tempahan dan mengambil bahagian di dalam latihan ‘Volkswagen Experience Drive’ dan latihan pengalaman keselamatan.

Menurut Martina Berg, Pengarah Pemasaran, Volkswagen Malaysia, “Kempen ‘Polo Goes Zero’ ini menekankan aspirasi kami untuk membawa rakyat Malaysia lebih dekat kepada jenama ini dan merasai pengalaman memandu kereta kami. Tawaran ini disasarkan kepada pembeli baru yang merupakan golongan profesional muda di bandar.”

Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan mempunyai tiga fungsi utama yang sama iaitu empat tingkap automatik dengan fungsi anti-sepit, transmisi auto enam-kelajuan, dan ‘Intelligent Crash Response System’ (ICRS) yang akan mengunci semua pintu secara automatik, mematikan kuasa ke pam minyak, dan menyalakan lampu kecemasan apabila beg udara terbuka atau penegang tali pinggang keselamatan diaktifkan.

Kedua-dua model Polo ini boleh didapati dalam lima warna berbeza iaitu Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black.

Polo 1.6 dan Polo Sedan masing-masing berharga RM 89,888 dan RM 91,888.

Untuk mengetahui ulasan pandu uji Polo hatchback, sila KLIK DI SINI.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *