Peugeot Taiping dilancarkan

By  |  0 Comments

Peugeot Taiping 1

Nasim Sdn Bhd memulakan langkah agresif yang pertama buat tahun 2015 ini dengan melancarkan bilik pameran Peugeot terbaharu yang terletak di Taiping, Perak.

Peugeot Taiping menambahkan angka yang ketiga bagi bilik pameran Peugeot yang dibuka di Perak selepas Peugeot Ipoh dan Peugeot Ipoh Garden.

“Taiping kini menjadi daerah yang semakin pesat berkembang. Malah ia juga menunjukkan potensi yang memberangsangkan, justeru kami membuat keputusan untuk membuka satu lagi cawangan di Perak dalam tempoh empat bulan ini,”ujar Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Nasim.

Peugeot Taiping 3

Terletak di kawasan seluas 9,000 kaki persegi, Peugeot Taiping merupakan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang turut dilengkapi dengan lounge, butik Peugeot dan kemudahan Wi-Fi. Pusat servis ini juga meliputi fasiliti bagi mengecat badan kenderaan dan juga lima petak penyelenggaraan yang mampu menyelenggara hampir 20 buah kenderaan sehari.

Dibina dengan kos pelaburan bernilai RM1 juta, Peugeot Taiping ini bersedia memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan terutamanya yang menetap di daerah Batu Kurau, Bagan Serai, Changkat Jering, Kamunting, Kuala Kangsar, Matang, Padang Rengas, Simpang, Selama, Trong dan Taiping.

Sempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba ini, bermula sekarang sehingga 17 Februari ini, Nasim Sdn Bhd telah memanjangkan waktu operasi di semua cawangan Peugeot di seluruh negara. Di mana waktu operasinya telah dilanjutkan sehingga 8 malam untuk hari biasa dan 5 petang untuk hari Sabtu.

Kempen lanjutan waktu operasi ini untuk membolehkan para pelanggan menghantar kenderaan mereka bagi penyelenggaraan dan bagi sesiapa yang berbuat demikian (pad atempoh ini) akan diberikan 30 markah pemeriksaan percuma dan hadiah eksklusif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *