Perodua Tweckbot kini kembali

By  |  0 Comments

Tweckbot is back

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi Perodua menganjurkan projek Tweckbot untuk memberikan 50 mata ganjaran percuma dalam pemeriksaan keselamatan kenderaan pelanggan mereka sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina (CNY).

“Sempena dengan perayaan CNY ini, Perodua menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma buat semua pemilik kenderaan Perodua. Bukan itu sahaja, para pelanggan juga berpeluang menikmati diskaun sehingga 20% untuk alat ganti terpilih dan diskaun tambahan 10% buat ahli Perodua Circle,” ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Projek Perodua Tweckbot yang telah bermula sejak tahun 2011 lalu melibatkan promosi menerusi laman media sosial di mana para pelanggan Perodua boleh mengetahui lokasi dan tarikh krew Tweckbot bakal berada untuk tujuan pemeriksaan percuma ini.

Untuk musim perayaan ini, Perodua Tweckbot terbahagi pada dua fasa iaitu yang pertama bermula 6 hingga 8 Feb di beberapa lokasi terpilih di Negeri Sembilan. Manakala Fasa kedua pula selepas CNY iaitu dari 27 Feb sehingga 1 Mac di beberapa lokasi terpilih di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *