Jaguar F-Pace model produksi bagi konsep C-X17

By  |  0 Comments

Jaguar 2016 teaser

Menerusi gambar yang telah disebarkan, Jaguar telah mengesahkan bakal memproduksikan model konsep C-X17 dengan nama gelaran ‘F-Pace’.

Di mana menurut Pengarah Jualan Global Jaguar, Andy Goss, F-Pace ini bakal menjadi “kereta sport paling praktikal”. Malah Jaguar juga lebih senang menganggap F-Pace ini sebagai “kereta sport famili” berbanding dilabelkan sebagai crossover atau pun SUV.

Malah Jaguar juga berkata, model baharu ini akan menggabungkan rekaan luaran yang dipengaruhi daripada model sport mereka yang lebih praktikal dan memiliki imej dalaman yang lebih luas serta mewah.

Difahamkan F-Pace ini juga akan berkongsi platform dengan kereta sedan kompak XE serta mungkin menggunakan barisan enjin yang lebih kurang sama.

Selain itu, F-Pace juga dijangka bakal dipasarkan pada tahun 2016 dan diproduksi dengan lima kapasiti tempat duduk seperti mana model konsep yang pernah dipertontonkan di Guangzhou Auto Show pada November 2013 lalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq