Alfa Romeo 4C Spider bakal curi tumpuan di NAIAS 2015

By  |  0 Comments

Alfa-Romeo-4C-Spider- 2016-41

Antara model kenderaan yang bakal mencuri tumpuan di pentas kegemerlapan North American International Auto Show 2015 sudah pasti Alfa Romeo 4C Spider.

Walau pun Alfa Romeo masih mengekalkan rekaan tradisi bagi 4C Coupe namun beberapa pertambahan elemen bagi model baharu ini seperti corong udara yang terukir pada bahagian sisi dan bumbung yang boleh dibuka turut menyerlahkan lagi gayanya. Malah bumbung daripada gentian karbon turut ditawarkan sebagai pilihan.

Alfa-Romeo-4C-Spider- 2016-34

Versi ‘open-air’ lebih menarik dengan padanan lampu utama yang nampak garang, deck lid dengan tiga fungsi pengekstrak haba dan spoiler yang boleh mengoptimakan aerodinamik, berserta dengan tampu belakang berteknologi LED. Di samping itu, Alfa Romeo turut menawarkan pilihan untuk sistem ekzos prestasi Akrapovic dengan bahagian tengahnya dibaluti gentian karbon.

Bagi memantapkan lagi imejnya, 4C Spider ini turut didatangkan dengan empat pilihan rekaan rim aloi dari 17 hingga 19 inci berserta padanan brek kaliper berwarna perak, merah, kuning atau hitam. Bukan itu sahaja, pemiliknya juga boleh memilih antara tujuh warna pilihan termasuklah warna baharu iaitu Giallo (kuning). Manakala warna bahagian kabinnya juga hasil kombinasi enam warna bersama dua pilihan material bagi tempat duduk.

Pada bahagian kabinnya, ia turut menampilkan dua bingkai komposit tempat duduk balut kulit, roda stereng berbentuk leper juga balutan kulit, pedal aluminium, corong udara dengan lingkaran gentian karbon, dan kluster digital berwarna bersaiz tujuh-inci.

Jentera ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi Alphine dengan sokongan radio HD, SiriusXM Radio, sambungan USB & iPod serta Bluetooth.

Alfa-Romeo-4C-Spider- 2016-36

Dikuasakan oleh enjin 1.75 liter pengecas turbo empat-silinder yang mampu menghamburkan 177 hp dan tork setinggi 350 Nm, 4C Spider ini turut dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar. Ia turut menampilkan pedal penukar gear yang dipasang pada roda stereng. 4C Spider ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.1 saat dan boleh mencecah kelajuan maksimum sehingga 258 km/j.

Alfa Romeo mengesahkan penghantaran pertama jentera ini di Amerika Syarikat dan Kanada bermula pada musim panas akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *