Range Rover HSE td6 & Range Rover Sport HSE Td6 diesel mampu capai 254 hp & tork 596 Nm

By  |  0 Comments

Range-Rover-4

Pastinya Land Rover turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan model Range Rover HSE Td6 dan Range Rover Sport HSE Td6 diesel di NAIAS 2015, Detroit.

Kedua-dua jentera ini dijanakan oleh enjin unit diesel 3.0 liter yang boleh menghasilkan kuasa sehingga 254 hp dan tork setinggi 596 Nm pada 1,750 rpm.Penjana kuasa tersebut turut digabungkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan.

Range-Rover-3

Range Rover HSE Td6 dan Range Rover Sport HSE Td6 memang dihasilkan dengan kemampuan pacuan dari 0-100 km/j dalam hanya 7.4 saat dan 7.1 saat.

Land Rover turut mendakwa, kedua-dua jentera ini mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 32% lebih baik berbanding dengan unit petrol V6 supercharged. Kedua-duanya mampu mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 10.7L per km untuk pemanduan bandar dan 8.4L per 100 km di lebuh raya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *