Volkswagen Cross Coupe GTE menanti gemerlapan di pentas NAIAS 2015

By  |  0 Comments

VW-Cross-Coupe-GTE-11

Volkswagen kian rancak menampilkan satu per satu model akan datang termasuk model konsep di pentas auto show terkemuka dunia termasuklah di North American International Auto Show ini.

Membayangkan ia sebagai sebuah model crossover yang akan datang, Cross Coupe GTE direka dengan penampilan hadapan yang lebih agresif termasuk padanan gril aluminium dan lampu utama LED.

Model konsep ini juga digayakan dengan fender yang lebih maskulin, kekemasan hitam berkilat dan garisan sisi yang penuh berkarakter. Malah ia juga nampak menyerlah dengan garisan bumbung yang landai, spoiler belakang dan juga rim alumnium bersaiz 22-inci.

Lima ruang tempat duduk di dalam kabinnya pula dibaluti kulit Nappa, kekemasan hitam berkilat dan aluminium. Ia juga menampilkan kluster instrumen digital, sistem kawalan suhu dengan skrin sesentuh dan juga sistem infotainmen bersama paparan bersaiz 10.1 inci.

VW-Cross-Coupe-GTE-13

Ia dipadankan dengan penjana kuasa plug-in hybrid bersama enjin 3.6 liter V6, dua motor elektrik dan bateri lithium-ion 14.1 kWh. Gabungan kuasa tersebut mampu menghasilkan sehingga 355 hp dan tork setinggi 379 Nm.

Bagi prestasinya pula, model pacuan semua-roda mampu memacu jentera ini dari 0-100 km/j dalam hanya enam saat. Ia juga mampu dipacu sehingga 32 km dengan hanya menggunakan kuasa elektrik sahaja.

Cross Coupe GTE yang ditayangkan di NAIAS ini hanya sekadar model konsep. Namun Volkswagen telah mengesahkan model produksinya akan menampilkan tujuh tempat duduk dan bakal dibangunkan di Chattanooga, Tennesee pada akhir tahun 2016 untuk pasaran Amerika Utara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq