BHPetrol Infiniti Euro 5 Diesel diperkenalkan di Malaysia

By  |  0 Comments

SONY DSC

Kehadiran Infiniti Euro 5 Diesel oleh BHPetrol yang pertama di Malaysia merupakan bahan api yang dicipta untuk kenderaan diesel berteknologi tinggi. Pelancarannya telah pun berlangsung di Stesen BHPetrol Pagoh Selatan, Johor, semalam.

Buat setakat ini, ia hanya boleh didapati di BHPetrol Pagoh Arah Utara, BHPetrol Tebrau 2 dan BHPetrol Pasir Gudang 3. Manakala tujuh lagi stesen BHPetrol di Johor akan menjual bahan api tersebut dalam tempoh dua minggu.

SONY DSC

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang turut melancarkan bahan api ini, kerajaan melalui Majlis Ekonomi telah meluluskan penjualan diesel tersebut, dan Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menjadi pihak pertama berbuat demikian di Johor mulai semalam.

“Keputusan kerajaan ini bagi membantu pemilik dan pemandu lori Malaysia daripada dikenakan denda oleh pihak berkuasa Singapura. Pada masa sama memelihara hubungan dagangan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara,” ujarnya lagi.

Infiniti Euro 5 Diesel ini yang diimport sepenuhnya akan dijual pada harga kawalan iaitu RN2.30 seliter, lebih 10 sen daripada diesel Euro 2M biasa.

Bahan api ini dikatakan lebih baik untuk alam sekitar kerana kandungan sulfurnya yang rendah iaitu hanya 10 bahagian per juta (ppm) berbanding 550 ppm bagi gred Euro 2M Malaysia buat setakat ini.

SONY DSC

Pengarah Urusan BHPetrol Tan Kim Thiam berkata, BHPetrol telah menambah adaptif Jerman pada kekuatan berganda. Di mana dengan teknologi tersebut, enjin diesel yang menggunakan bahan api diesel Euro 5 akan dapat memenuhi standard emisi bagi 40 Unit Asap Hartridge (HSU) yang dikuatkuasakan oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mulai 1 Julai lalu.

Walau bagaimana pun, bahan api tersebut hanya akan dijual kepada kenderaan yang berdaftar di Malaysia sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *