Proton lancar pusat 3S yang diperbaharui di Pasir Gudang

By  |  0 Comments

pic 1

Hari ini, Proton telah pun melancarkan salah sebuah pusat 3S terbesarnya yang telah diperbaharui, terletak di daerah Pasir Gudang, Johor.

Turut dikenali sebagai Kulis Auto Sdn Bhd, pusat edaran ini telah pun beroperasi sejak 9 tahun yang lalu. Dengan fasiliti bernilai RM5 juta, pusat 3S ini menawarkan perkhidmatan buat pelanggan yang menetap di sekitar Johor Bahru dan kawasan berhampirannya termasuklah Kota Tinggi, Plentong, Johor Jaya, Masai dan Ulu Tiram.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Proton Edar Sdn Bhd, Norzahir Mphd Zahudi, pusat 3S ini mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi model Proton di sekitar Johor. Memiliki keluasan seluas 2.0 ekar, pusat 3S ini menawarkan ruang istirehat pelanggan, bilik mesyuarat, dan kemudahan Astro serta perkhidmatan Wifi berkelajuan tinggi secara percuma. Malah ia juga menyediakan lapan petak penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 15 buah kenderaan sehari.

pic 2

Dalam majlis pelancaran ini juga turut memperkenalkan logo baharu bagi proses penjenamaan semula. Menurut Norzahid, kesemua pusat jualan Proton telah melakukan perubahan yang diperlukan bagi memberikan imej yang lebih segar untuk memastikan jenama ini semakin konsisten. Ini juga merupakan pelan transformasi bagi Proton, termasuklah menaik taraf pusat 4S di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Malah khas buat warga Johor, Proton turut menawarkan pakej promosi istimewa “My Proton Family’ untuk mana-mana pemilik sedia ada model Proton untuk membeli mana-mana model Proton baharu dengan tawaran diskaun sebanyak 5%. Pembelian model baharu ini juga didatangkan dengan servis percuma selama tiga tahun dan waranti percuma lima tahun.

Untuk rekod, sehingga kini, Proton memiliki 270 pusat servis di seluruh negara dengan 16 daripadanya telah dinaik taraf sebagai pusat 4S. Dan mulai 10 Oktober lalu, sebanyak 47 cawangan telah beroperasi selama tujuh hari seminggu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *