Naza Kia buka Red Cube ke-empat di Malaysia

By  |  0 Comments

Kia JJ Red Cube showroom

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia baru sahaja melancarkan cawangan Red Cube terbaharu yang terletak di Johod Bahru. Ini merupakan Red Cube ke-empat yang beroperasi di Malaysia dan yang pertama bagi pengedar standard.

Terletak di kawasan seluas 12,000 kaki persegi, Kia JJ Sdn Bhd ini juga merupakan pusat 3S yang mampu memuatkan sembilan model kenderaan di ruang pameran. Malah ia turut mempunyai enam petak penyelenggaraan yang mampu menservis 24 buah kenderaan sehari.

Kia JJ Red Cube Launch 2

Bertempat di Taman Bayu Puteri, Permas Jaya, Johor Bahru, cawangan ini mensasarkan jualan sebanyak 50 unit sebulan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Naza Kia Malaysia, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, pembukaan Red Cube ke-empat ini dengan kos pelaburan sebanyak RM9 juta boleh memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan Kia di sekitar Johor Bahru. Malah ia juga boleh dianggap sebagai kekuatan bagi rangkaian Naza Kia Malaysia di bahagian Selatan tanah air.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *