‘Undang-undang Lemon’ mampu lindungi pembeli kenderaan – NCCC

By  |  0 Comments

lemon

Laporan BERNAMA baru-baru ini menyebut, Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dan Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengusulkan agar pihak kerajaan memperkenalkan ‘Undang-undang Lemon’ bagi membolehkan pengguna membuat tuntutan terhadap produk rosak yang terjual dalam masa singkat.

Menurut CEO NCCC Ratna Devi Nadarajan berkata, sebanyak 4,915 aduan diterima tahun lalu, kebanyakannya berkaitan dengan keluaran kereta baru oleh pengilang terkemuka, tempatan dan antarabangsa.

Katanya, daripada aduan tersebut, jumlah kerugian daripada industri automobil mampu mencecah kira-kira RM22 juta.”

“Di mana Undang-Undang Lemon mampu memberikan peluang kepada pengguna menukar produk jika mereka dapat membuktikan kerosakan yang dihadapi berpunca daripada kesilapan pengilang,”katanya lagi.

Ratna turut berkata, di negara lain, undang-undang itu meliputi produk am seperti barangan elektrik, elektronik serta perabot.

Namun di Amerika Syarikat, Undang-Undang Lemon membenarkan pengguna menukar pembelian kereta (kemudiannya diguna pakai terhadap barangan pengguna lain) bagi menggantikan produk yang gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi.

Malah Singapura, Filipina, China, Jepun, dan Korea Selatan juga sudah mengimplementasikan undang-undang sebegini bagi melindungi penggunanya termasuk pembelian kenderaan.

Di bawah Undang-Undang Lemon, pengguna berhak mendapat barang ganti, pengembalian wang dan pengurangan harga kerana kerosakan sesuatu produk.

Bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai berhubung undang-undang ini, Pengguna Standard, Fomca dan NCCC telah mengadakan seminar mengenai prinsip Undang-undang Lemon semalam di Kuala Lumpur bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *