Chevrolet Colorado Muscle Edition bakal dibuka tempahan tidak lama lagi

By  |  0 Comments

2014-Chevrolet-Colorado-Thailand-01

Kerancakan industri automotif tempatan semakin hangat menjelang 2014 ini. Semakin banyak pembuat kenderaan mula mempromosikan model-model buatan mereka untuk pasaran tempatan. Antara jenama yang mula mempromosikan model baharu ialah Chevrolet. Pada 3 hingga 5 Januari ini, Chevrolet menerusi pengedar tunggalnya di Malaysia iaitu Naza Quest akan menganjurkan siri promosi di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall.

Apa yang menariknya, Chevrolet turut akan mempamerkan model Chevrolet Colorado serba baharu yang telah pun dijual di Thailand dan Australia. Trak pikap ini bakal dikenali dengan nama Chevrolet Colorado Muscle Edition untuk pasaran Malaysia. Ia bukan sekadar dipamerkan semata-mata tetapi juga bersedia menerima tempahan. Satu lagi pilihan trak pikap untuk warga Malaysia!

2014-Chevrolet-Colorado-Thailand-02

Menawarkan tiga varian Chevrolet Colorado Muscle Edition iaitu 2.5 LT Manual, 2.8 LT Manual dan 2.8 LTZ Auto yang kesemuanya dipacukan oleh sistem pacuan semua roda (4WD).

Untuk varian 2.5 LT, ia mampu menghamburkan kuasa maksimum 150hp dengan puncak tork 350Nm. Manakala bagi varian 2.8 LT pula, pastinya ia lebih berprestasi dengan kuasa maksimum 180hp dan puncak tork 440Nm. Bagi varian manual iaitu 2.5 LT Manual dan 2.8 LT Manual, kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear baharu enam kelajuan (berbanding lima kelajuan untuk model terdahulu).

Varian tertinggi model ini iaitu 2.8 LTZ Auto dipadankan dengan enjin diesel terbaharu Duramax generasi kedua berkuasa turbo. Ia mampu memuntahkan kuasa maksimum sehingga 193hp pada 3,600rpm dan puncak tork yang cukup mengagumkan iaitu 500Nm pada 2,000rpm. Malah varian ini juga boleh dipacu daripada titik sifar hingga ke 100km/j dalam masa 10 saat dan mampu mencecah kelajuan sehingga 180km/j. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Serta mampu membawa bebanan sehingga 1,025kg.

2014-Chevrolet-Colorado-Thailand-09

Ia juga turut ditampilkan dengan sistem infotainmen Chevy’s MyLink yang dilengkapi dengan skrin sesentuh, sambungan Bluetooth, USB dan roda stereng yang mempunyai butang kawalan suara. Turut tampil dengan beberapa ciri keselamatan seperti Hill Descent Control, Hill Start Assist dan Trailer Sway Control.

Harga bagi ketiga-tiga varian ini masih belum dinyatakan. Jadi nantikan saja pelancarannya tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *