Perodua Alza serba baharu semakin menghampiri pelancarannya

By  |  0 Comments

Perodua Alza 2014

Wah! Nampak gayanya varian terbaharu Perodua Alza seperti mana yang telah dipaparkan di laman sesawang rasmi Perodua semakin menghampiri detik pelancarannya yang dikhabarkan pada Januari ini. Ini merupakan kiriman foto dari pembaca manspex_kp2 (terima kasih brader) yang merakamkan wajah Alza versi dinaik taraf, dengan lebih jelas dan dekat.

Foto yang memaparkan Alza daripada bahagian hadapan pula jelas menunjukkan bamparnya yang turut menerima rekaan baharu. Ia dipadankan dengan gril hadapan yang lebih diperkemaskinikan dan tampil dengan bentuk yang agak berbeza berbanding model terdahulu. Malah Alza ini turut menerima lampu utama baharu tanpa suar (blinker) berwarna jingga seperti mana versi terdahulu.

Juga kelihatan rekaan rim aloi yang sama seperti mana pernah yang dipaparkan di dalam imej teaser. Selain daripada itu, melalui foto ini juga kelihatan lebih jelas rekaan lampu belakang yang menerima suntikan baharu. Malah logo Perodua dan Alza diletakkan di bahagian bawah pada lingkaran berwarna hitam yang mengelilingi cermin belakang.

Perodua Alza 2014

Selain daripada itu, antara perubahan lain yang dipertaruhkan bagi Alza baharu ini ialah kekemasan dalaman dengan dwi-warna hitam dan kelabu, rekaan kluster instrumen yang baharu, sistem multimedia berserta dengan navigadi dan fungsi kamera undur (yang kemungkinan sebagai pilihan peranti), monitor pada bumbung dalaman, tempat merehat lengan dengan ruang storan, fungsi pemboleh ubah tempat duduk ketiga dan ISOFIX.

Jika di dalam imej promo yang dipaparkan sebelum ini kelihatan bampar hadapannya turut disertakan dengan lampu kabus. Tetapi menerusi kiriman foto ini pula, tidak kelihatan pula lampu kabus tersebut, mungkin Alza baharu ini tampil dengan beberapa varian.

OK…tinggal beberapa hari lagi Januari 2014 bakal menjelang tiba. Infokereta.com akan mengemas kini maklumat mengenai Alza serba baharu ini sebaik sahaja ia dilancarkan kelak. Tungggguuuuuuuuu!!!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *