Pemenang kempen Star-Studded Experience Mercedes-Benz Services Malaysia diraikan

By  |  0 Comments

merc

Terlakar satu pengalaman yang paling menyeronokkan dan menjadi kenangan manis bagi Yew Yim Tho dan anak perempuannya, Lim Mei Lin, selepas mereka memenangi hadiah pakej percutian enam hari, lima malam ke Jerman untuk menyaksikan Pameran Kereta Antarabangsa IAA Ke- 65 di Frankfurt. Tuah menyebelahi kedua-dua beranak ini apabila memenangi kempen Star-Studded Experience Mercedes-Benz Services Malaysia yang memberi ganjaran kepada pelanggan bertuah sebagai sebahagian daripada ulang tahun pertama syarikat tersebut.

Acara menarik yang diaturkan untuk mereka berdua ialah lawatan ke Pameran Kereta Antarabangsa IAA Ke-65 di Frankfurt, kunjungan ke Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart dan lawatan ke Kilang Mercedes-Benz di Sindelfingen.

“Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan sejak dari mula hingga ke akhir. Kami rasa bertuah kerana dapat menyaksikan Pameran Kereta Frankfurt yang berlangsung dua tahun sekali. Malah peluang untuk melihat kereta daripada pelbagai jenama terkenal di dunia tidak mungkin tercapai tanpa Mercedes-Benz Services Malaysia. Kami juga benar-benar kagum menyaksikan robot membina dan memasang alat dan komponen automobil. Saya rasa seperti menyaksikan Transformers!” ujar Yew Yim Tho.

Menurut Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd, Hilke Janssen, “Mercedes-Benz Services Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun pertama. Memandangkan pelanggan adalah tunggak perniagaan syarikat, kami amat teruja kerana dapat menunjukkan penghargaan kepada mereka menerusi Kempen Star-Studded Experience ini.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *